Dua Bilik Sewa, Tandas KK Times Square Terbakar

Dua Bilik Sewa, Tandas KK Times Square Terbakar

0
SHARE
Bomba
Anggota pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu sedang menjalankan operasi pemadaman ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Dua buah bilik sewa dan sebuah tandas milik Kenyalang Bayu Hostel di Blok D KK Times Square, sini, terbakar pada kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Bilik sewa yang berada di tingkat tiga bangunan berkenaan 30X20 kaki persegi terbakar 50 peratus lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Sepasukan seramai 24 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu sampai ke lokasi dalam masa lima minit selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.32 petang.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki satu pancutan sumber air dari tangki jentera serta sitem pancur basah bangunan.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 6.52 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 7.52 malam,” lapor jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Kebakaran dipercayai berpunca dari bahagian dapur rumah sewa terbabit. Walau bagaimanapun, tiada mangsa cedera dilaporkan.