Semua Individu Perlu Ambil Dos Penggalak COVID-19 Sebelum Februari Tahun 2022 –...

Semua Individu Perlu Ambil Dos Penggalak COVID-19 Sebelum Februari Tahun 2022 – Menteri Kesihatan

0
SHARE
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar pada sidang media ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini (16 Dis 2021)...

KUALA LUMPUR – Semua individu yang telah menerima suntikan lengkap dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari tahun depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata individu yang berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak itu pada tempoh berkenaan.

“Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap…

“Individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Khairy turut memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diaktifkan semula bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak berkenaan.