Dua Cedera, Lori 10 Tan Terbabas Sendiri Dan Jatuh Gaung di Kampung...

Dua Cedera, Lori 10 Tan Terbabas Sendiri Dan Jatuh Gaung di Kampung Madsiang

0
SHARE

PENAMPANG: Dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan selepas lori 10 tan yang dinaiki terbabas sendiri dan jatuh ke dalam gaung dalam kejadian kemalangan di Kampung Madsiang Jalan Penampang – Tambunan pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Penampang, Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.54 pagi. 

Katanya, seramai lapan anggota bomba dari BBP Penampang telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 8 kilometer dan tiba pada jam 11.04 pagi.

“Lapor kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan membawa muatan tanah dan batu terbabas sendiri dan jatuh ke dalam gaung sedalam 48 kaki.

“Terdapat dua orang mangsa terlibat, iaitu pemandu lelaki 23 tahun dan seorang perempuan berusia 30 tahun telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Mangsa hanya mengalami keecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital menggunakan kenderaan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Pasukan Bomba bertindak membuat pemeriksaan memastikan tiada bahaya lain wujud seterusnya opersi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.34 pagi.