KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 baharu Sabah naik semula hari ini dengan 307 KES setelah dua (2) hari mencatat kes di bawah paras 300.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, angka tersebut berjumlah 36 kes lebih tinggi daripada kelmarin.
“Kota Kinabalu juga kembali menjadi penyumbang utama kes harian di Sabah dengan 47 kes iaitu pertambahan 9 kes daripada sebelumnya…
“Daerah Penampang mencatat 37 kes baharu, tambahan 18 kes, Ranau naik 12 kes dan Papar bertambah 11 kes.
“Tuaran turun 11 kes dan Putatan susut 22 kes manakala lima (5) daerah, Kalabakan, Nabawan, Kunak, Kinabatangan dan Semporna tidak mencatat sebarang kes baharu,” jelas beliau dalam sebuah rumusan kes hari ini.
Beliau menekankan kepentingan pematuhan semua lapisan masyarakat kepada prosedur operasi standard (SOP) tanpa mengira jika sudah menerima vaksin lengkap atau sebaliknya.
“Lebih lagi pada hujung tahun diamana ramai keluarga bercuti atau membeli-belah di tempat yang lazim dikunjungi ramai…
“Risiko jangkitan virus COVID-19 secara sporadik di tempat-temapt sesak amat tinggi dan ini dibuktikan dengan peratusan kes sporadik hari ini yang mencecah hampir 44 peratus (44%).
“Hari ini juga hampir 75 peratus (75%) kes baharu adalah dikalangan mereka yang sudah lengkap divaksin,” tegas beliau.
Daripada 307 kes hari ini, 295 orang pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2.
Dua (2) orang berada dalam Kategori 3 dan 5 manakala empat (4) orang berada dalam Kategori 4.
Dalam pada itu, empat (4) kes lagi masih dalam siasatan dan penilaian lanjut.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (07 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 47 ( 38)
Penampang – 37 (19)
Tuaran – 34 (43)
Papar – 26 (15)
Ranau – 20 (8)
Beaufort – 17 (17)
Kota Belud – 17 (23)
Keningau – 16 (14)
Tenom – 12 (6)
Kuala Penyu – 11 (3)
Kota Marudu – 11 (7)
Putatan – 11 (33)
Pitas – 10 (4)
Sandakan – 6 (1)
Kudat – 6 (9)
Tambunan – 4 (11)
Lahad Datu – 4 (1)
Sipitang – 4 (6)
Tongod – 4 (0)
Tawau – 4 (10)
Beluran – 3 (2)
Telupid – 3 (1)
Semporna – 0 (0)
Kinabatangan – 0 (0)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)





