Warga Australia Yang Selamatkan 2.4 Juta Bayi Meninggal Dunia Pada Usia 88...

Warga Australia Yang Selamatkan 2.4 Juta Bayi Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

0
SHARE

SYDNEY: Seorang warga Australia yang dikenali sebagai “Lelaki Berlengan Emas” kerana melindungi 2.4 juta bayi dengan plasma darahnya yang jarang ditemui dan kaya dengan antibodi, meninggal dunia pada usia 88 tahun, kata pegawai kesihatan.

Sepanjang hayatnya, James Harrison menderma darah sebanyak 1,173 kali dalam tempoh 64 tahun, kata organisasi Palang Merah Australia Lifeblood dalam satu kenyataan.

Plasmanya mengandungi antibodi yang jarang ditemui, dikenali sebagai Anti-D, digunakan untuk membuat ubat untuk ibu yang darahnya berisiko menyerang bayi dalam kandungan.

Penyakit itu dikenali sebagai hemolitik rhesus D pada janin dan bayi baru lahir (HDFN).

Berikutan kejayaan percubaan Anti-D 1966 di Australia, Lifeblood mencari orang yang mempunyai antibodi untuk meningkatkan projek itu.

Harrison sesuai dan telah mula menderma beberapa tahun lebih awal dan tidak pernah terlepas satu janji pun sehingga bersara pada 2018, kata Lifeblood.