Dua Kemalangan Jalan Raya Pada Raya Pertama

Dua Kemalangan Jalan Raya Pada Raya Pertama

0
SHARE
Bomba
Hilux dipandu warga Indonesia terbalik di Kinabatangan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan dua kes kemalangan pada Hari Raya pertama, Rabu semalam.

Walau bagaimanapun, kelima-lima mangsa terlibat hanya mengalami kecederaan ringan ataupun selamat.

Pada pukul 5.50 petang di Kampung Jaya Baru Hujung, Kinabatangan, pemandu sebuah Toyota Hilux terbalik di tepi jalan.

Mangsa merupakan seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 29 tahun.

“Mangsa terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata seorang jurucakap agensi.

Manakala bagi kes kedua, tiga kenderaan Toyota terlibat dalam kemalanga pada pukul 11 malam di Jalan Lintas, Kepayan berhadapan bangunan RTM.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Penampang tiba dalam masa sembilan minit.

“Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan jenis Toyota Vios, Toyota Hilux dan Toyota Revo. Terdapat empat orang mangsa terlibat.

“Dua orang mangsa di kenderaan Toyota Vios dipandu seorang wanita dengan penumpang lelaki kedua-dua berusia 30 tahun mengalami cedera ringan.

“Dua orang mangsa lelaki pemandu kenderaan Toyota Hilux, 39 dan Toyota Revo, 25, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mangsa cedera diberi rawatan oleh petugas Kementerian Kesihatan dan dihantar ke hospital.