Dua Mangsa Rentung Ditemui Dalam Kebakaran Rumah Setinggan

Dua Mangsa Rentung Ditemui Dalam Kebakaran Rumah Setinggan

0
SHARE
Bomba menganggarkan 30 hingga 40 buah rumah dimusnahkan api...(Sumber Foto: Ihsan Bomba Sabah)

TAWAU, SABAH – DUA (2) mangsa lelaki dan perempuan rentung dalam kebakaran rumah setinggan di Kampung Sungai Buaya sini tengah malam tadi.

TUJUH (7) lagi mangsa berumur di antara enam (6) hingga 45 tahun turut melecur.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan Abdul Mutalib Suma, 45, mangsa terparah dengan kesan melecur pada 86 peratus badan beliau.

“Kebakaran melibatkan rumah setinggan jenis tidak kekal dengan anggaran antara 30 hingga 40 buah rumah terbakar…

“Operasi pemadaman menggunakan dua (2) aliran dan empat (4) pancutan sumber air dari tangki jentera dan sumber air terbuka (parit).

Usaha pasukan Bomba memadamkan api di Kampung Sungai Buaya…(Sumber Foto: Ihsan Bomba Sabah)

“Mangsa melecur telah dihantar ke Hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba manakala dua (2) orang mangsa ditemui rentung pada jam 4.45 dan pada jam 5.50 pagi,” katanya.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 2 dan tamat sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.