TOKYO, JEPUN – DUA (2) orang disahkan mati setelah menerima suntikan vaksin Moderna (MRNA.O) COVID-19 dari antara lot bekalan yang ditangguh berikutan penemuan bahan cemar, Kementerian Kesihatan Jepun berkata hari ini.
Laporan Reuters menjelaskan kedua-dua mangsa terbabit, lelaki berusia kalangan 30-an meninggal bulan ini beberapa hari setelah menerima dos Moderna yang kedua mereka, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
“Masing-masing telah mendapat suntukan dari salah satu daripada tiga lot bekalan vaksin yang ditangguhkan pada hari Khamis. Punca kematian masih disiasat,” katanya.
Jepun menghentikan penggunaan 1,63 juta dos Moderna yang sudah dikirim ke 863 pusat vaksinasi seluruh negara, lebih dari seminggu setelah pengedar domestik, Takeda Pharmaceutical, menerima laporan pencemaran dalam beberapa botol.
Walau bagaimanapun, kerajaan Jepun dan Moderna mengatakan tiada masalah keselamatan atau keberkesanan yang dikenal pasti dari lot vaksin itu dan penangguhan itu hanya sebagai langkah berjaga-jaga.
Sumber berita Jepun, NHK, berkata bahan cemar itu dipercayai zarah logam, yang memetik sumber Kementerian Kesihatan negara terbabit.