Dua Rumah Musnah 100 Peratus, Dijilat Api

Dua Rumah Musnah 100 Peratus, Dijilat Api

0
SHARE
Foto: Ihsan JBPM Sabah

SANDAKAN: Dua rumah dan satu kenderaan musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Tinusa 2 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 11 pagi tadi.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 40×40 kaki persegi terbakar 100 peratus.

“Turut terbakar sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max yang terbakar 20 peratus.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan sumber air dari Jentera FRT dan pili bomba,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Operasi kemudian terkawal pada jam 12 tengah hari dan setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 1.35 petang.