Dua Warga Asing Ditahan Bersama Syabu Di Bangunan Terbiar Putatan

Dua Warga Asing Ditahan Bersama Syabu Di Bangunan Terbiar Putatan

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

PENAMPANG, SABAH – Polis narkotik daerah ini menahan dua lelaki warga asing bersama syabu bernilai RM800 di sebuah bangunan terbiar di Putatan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton berkata, satu plastik lutsinar mengandungi 5.32 gram syabu ditemui pada suspek berusia 30 dan 36 tahun itu.

“Ujian saringan air kencing awal mendapati kedua-dua suspek positif jenis dadah yang sama.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sammy dalam pada itu mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan dadah dan terus menjadi mata dan telinga polis untuk menyalurkan maklumat dalam memerangi dadah.