Taliban Lepaskan Tembakan Ke Udara Pastikan Tiada Kekacauan Berlaku Di Lapangan Terbang

Taliban Lepaskan Tembakan Ke Udara Pastikan Tiada Kekacauan Berlaku Di Lapangan Terbang

0
SHARE

KABUL, AFGHANISTAN – Pihak Taliban yang baru sahaja mengambil kuasa di Afghanistan memastikan tiada kekacauan berlaku di lapangan terbang antarabangsa Kabul sewaktu duta dan keluarga warganegara barat asing mula kembali ke negara asal.

Saksi kejadian mengikut laporan Reuters berkata, Taliban melepaskan beberapa tembakan ke udara serta menggunakan tongkat bagi mengawal orang awam yang berduyun-duyun ke kawasan itu supaya tidak menggangu gerbang pintu masuk utama.

Semalam negara Australia dalam empat penerbangan berjaya memindahkan seramai 300 penduduk mereka termasuk pemegang visa warga Afghanistan, warganegara New Zealand, Amerika Syarikat dan British kata Perdana Menteri negara itu Scott Morrison.

Sementara itu Amerika Syarikat menasihati kerajaan Jerman bagi melarang warganegara negara tersebut untuk tidak ke lapangan terbang Kabul atas sebab faktor keselamatan muncul dari ribuan penduduk tempatan yang cuba melarikan diri.

Sejak Ahad lalu, 12 orang telah terbunuh pada landasan terbang yang sama – di mana ada yang ditembak – sementara yang lain maut dipijak orang ramai yang turut cuba melarikan diri.

Menteri Pertahanan bagi Britain berkata seramai tujuh penduduk Afghanistan sebelum ini menjadi korban di lapangan terbang berkenaan.

“Keadaan sangat sukar tapi kami sedang membuat segalanya yang boleh bagi mengawal situasi,” katanya.

Orang ramai yang berkumpul itu berlangsung sejak minggu lalu yang mana menyukarkan negara lain untuk memindahkan warganegara mereka pulang termasuk beberapa penduduk asal Afghanistan.

Negara Switzerland turut menunda penerbangan mereka dari Kabul pada Sabtu akibat kekacauan yang berlaku itu.

Menurut Ketua Tentera AS, William Taylor, sejumlah 5,800 anggota mereka kekal di lapangan itu bagi memastikan “keadaan terkawal”.

Taylor berkata kerajaan AS berjaya memindahkan 17,000 individu termasuk 3,800 penduduk AS dari Kabul.

Seorang pegawai bagi pihak Taliban pula memberitahu Reuters yang mereka sedang cuba untuk memperbaiki situasi bagi pemulangan berjalan lancar kepada semua warga asing.

Pihak Taliban pada masa ini sedang cuba membina sebuah kerajaan baharu ekoran tentera AS menarik diri selepas jajahan 20 tahun.

Bekas Presiden AS, Donald Trump melabelkan langkah itu sebagai “memalukan” namun, kerajaan di bawah pimpinan beliau turut menyokong penarikan tentera asing tersebut.

Donald Trump…

“Penarikan diri Biden dari Afghanistan menunjukkan sikap pemimpin tidak cekap,” laungnya kepada orang ramai di negeri Alabama dalam kempen beliau.

Manakala negara Qatar, yang memberi perlindungan kepada ribuan pelarian Afghanistan sehingga mereka boleh menetap di negara lain turut merasa perit untuk mereka meninggalkan keluarga di negara asal.

Salah seorang pengasas Taliban, Mullah Baradar, sampai ke ibu negara itu bagi mengadakan mesyuarat dalam membentuk Afghanistan baharu.

Pengasas bersama Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar…

Menurut sumber, rangka ini akan dibincangkan dalam beberapa minggu dengan fokus kepada keselamatan dan kewangan penduduk.

“Pegawai dari kerajaan terdahulu akan meyuarakan pendapat mereka bagi mengatur krisis ini,” katanya.

Pihak Taliban mengamalkan pemerintahan Islam yang ketat tetapi berjanji akan menggunakan moderasi pada kali ini terutamanya dalam melindungi hak wanita berlandaskan Hukum Islam.