Elaun Latihan Atlet Dinaikkan Semula

Elaun Latihan Atlet Dinaikkan Semula

0
SHARE
Datuk Seri Faizal Azumu...

KUALA LUMPUR – Elaun latihan bagi pemenang pingat perak dan gangsa Sukan SEA yang sebelum ini dipotong kini dinaikkan semula.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu beliau telah mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk segera melakukan penambaikkan kadar elaun kepada atlet-atlet yang terpilih mengikuti program latihan sepenuh masa.

“Ada berita gembira ingin saya sampaikan hari ini. Saya telah mengarahkan MSN untuk segera melakukan penambahbaikan kadar elaun latihan kepada atlet yang terpilih mengikuti program latihan sepenuh masa.

“Ia membabitkan langkah menaikkan elaun latihan untuk pemenang pingat perak Sukan SEA daripada RM800 kepada RM1,500 sebulan…

Elaun pemenang pingat gangsa juga kini dinaikkan kepada RM1,000 sebulan berkuat kuasa serta-merta.

“Bagi atlet yang tidak memenuhi kriteria pemilihan untuk dimasukkan ke program latihan sepenuh masa, saya telah meminta MSN untuk terus menghulurkan bantuan setiap kali mereka hadir menjalani latihan secara berfasa,” katanya.

Kenaikan semula kadar elaun itu sudah pasti menyemarakkan semula semangat barisan atlet untuk menampilkan prestasi terbaik pada penganjuran Sukan SEA seterusnya di Hanoi, Vietnam dari 12 hingga 23 Mei depan.