KENINGAU: Sebuah kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan, Toyota Hilux dan Perodua Myvi, dilaporkan berlaku di Kampung Sanagang, Jalan Tenom – Keningau pada jam 10.48 pagi tadi.
Kemalangan melibatkan enam mangsa, terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan, yang mengalami kecederaan ringan.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sabah melaporkan pasukan Bomba dan Penyelamat Keningau, bersama pihak PDRM, segera hadir ke lokasi kejadian.
“Lima mangsa telah dihantar ke hospital oleh orang awam, manakala seorang mangsa, pemandu Perodua Myvi, diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.
“Mangsa yang terlibat adalah seorang lelaki berusia 25 tahun, dua lelaki berusia 35 tahun, seorang wanita berusia 35 tahun, serta dua kanak-kanak lelaki berusia satu tahun dan seorang wanita berusia 50 tahun.
“Kesemuanya dilaporkan mengalami kecederaan ringan,” seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sabah berkata.
Pasukan Bomba Keningau telah mengerahkan lapan anggota bersama dua jentera, FRT dan EMRS, untuk mengendalikan operasi berkenaan.