Exco Wanita PBS Mengalu-Alukan Penyertaan Gagasan Rakyat Dalam GRS

Exco Wanita PBS Mengalu-Alukan Penyertaan Gagasan Rakyat Dalam GRS

0
SHARE
PBS
Malianah (duduk tengah) bersama Exco Wanita PBS ( Sumber Foto: Ihsan PBS )

KOTA KINABALU – Mesyuarat Exco Wanita Parti Bersatu Sabah semalam telah memutuskan untuk menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri di bawah Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan mengalu-alukannya sebagai parti komponen tempatan dalam gabungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kami menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kerana komitmen beliau terhadap agenda Sabah First dalam memastikan pembangunan sama rata untuk semua rakyat Sabah tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang, yang selaras dengan fahaman politik PBS,” kata ketuanya Datin Malianah Ugau.

Beliau menambah, sepanjang tempoh Hajiji sebagai pemimpin negeri, beliau telah mengatasi pelbagai cabaran dan sifat kepimpinannya yang kurang menumpukan pada politik telah terbukti berharga bagi Sabah kerana beliau berusaha untuk memulihkan ekonomi daripada kesan global pasca COVID-19.

Kepercayaan Hajiji bahawa tindakan lebih bekerja dari bercakap untuk menstabilkan keadaan politik di Sabah telah menyaksikan negeri itu mencapai pemulihan yang luar biasa kerana dengan memperolehi RM33.4 bilion melalui pelaburan asing dan domestik.

“Exco Wanita PBS juga mengulangi sokongan padu kepada GRS dan mengharapkan kerjasama erat terutamanya di peringkat akar umbi bagi membawa masuk dan menyatukan lebih ramai rakyat Sabah untuk menjadi sebahagian daripada perjuangan gabungan itu,” tambahnya.