‘FRONTLINERS’ COVID-19 TERIMA PPE DARIPADA SME SABAH

‘FRONTLINERS’ COVID-19 TERIMA PPE DARIPADA SME SABAH

0
SHARE
Pengerusi SME Sabah Foo Ngee Kee (kiri) menjelaskan mengenai alat penyedut oksigen mudah alih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong (kanan)...

KOTA KINABALU, SABAH – Barisan hadapan (frontliners) COVID-19 Negeri ini menerima pakaian perlindungan diri (PPE) dari Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Sabah dalam usaha memerangi wabak itu.

Sumbangan itu diterima oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bagi pihak Kerajaan Negeri di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pengerusi SME Sabah, Foo Ngee Kee bersama bersama timbalannya Datuk Tan Kai Teck, setiausaha agung, Lie Chun Vui dan naib pengerusi Chong Kett Chiew dan Ngan Yoke Loo.

SME Sabah turut menyumbangkan 100 kit ujian Antigen RTK, 120 alat penyedut oksigen mudah alih, 80 kotak pelitup muka tiga (3) lapis, 24 unit alat pengukur suhu dan 30 ‘hand sanitizer’.

Sambil menyatakan penghargaan atas sumbangan tersebut, Hajiji juga berkata Kerajaan Negeri Sabah sentiasa mengalu-alukan bantuan dari semua pihak dalam memerangi COVID-19.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.