Sabah Kekal Trend Penurunan Dengan 532 Kes COVID-19 Direkodkan Hari Ini

Sabah Kekal Trend Penurunan Dengan 532 Kes COVID-19 Direkodkan Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mengekalkan trend penurunan kes COVID-19 dengan 532 KES direkod hari ini, iaitu pengurangan 30 kes dari kelmarin.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tiada daerah yang mencatatkan angka jangkitan baharu melebihi (tiga) 3 angka.

“Malahan, hanya daerah Ranau dan Tambunan yang mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka…

“Beberapa daerah lain menunjukkan penurunan kes yang agak signifikan iaitu Pitas -25 kes, Beluran -19 kes, Beaufort -14 kes, Papar -12 kes dan Lahad Datu -12 kes.

“Sejumlah 33.27 peratus daripada jumlah jangkitan pada hari ini adalah melalui Saringan Bergejala, iaitu satu petunjuk bahawa kes sporadik penentu besar kepada turun-naik jumlah kes harian,” katanya.

Dalam pada itu, daerah Kalabakan mencatatkan sifar (0) kes hari ini.

Beliau menjelaskan jumlah sebenar kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam lepas hanyalah 270 kes atau 50.75 peratus daripada jumlah kes hari ini.

Golongan pesakit tertinggi berada dalam Kategori 2 (76 peratus) dan 20 peratus lagi berada dalam Kategori 1.

“Terdapat 11 kes yang memerlukan rawatan dan penjagaan di hospital, empat (4) kes dalam Kategori 3, lima (5) kes dalam Kategori 4 dan dua (2) kes dalam Kategori 5…

“Lapan (8) kes lagi masih dalam penilaian dan siasatan lanjut,” Masidi berkata.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (11 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 74 (69)
Ranau – 55 (41)
Kota Belud – 53 (44)
Keningau – 38 (40)
Penampang – 34 (32)
Tenom – 34 (26)
Sandakan – 28 (26)
Tuaran – 24 (25)
Putatan – 22 (18)
Tawau – 21 (15)
Papar – 20 (32)
Lahad Datu – 19 (31)
Kota Marudu – 18 (21)
Kudat – 18 (16)
Telupid – 15 (11)
Tambunan – 12 (0)
Nabawan – 7 (3)
Beluran – 6 (25)
Sipitang – 6 (6)
Beaufort – 6 (20)
Semporna – 5 (8)
Pitas – 5 (30)
Kuala Penyu 4 (0)
Kunak 3 (5)
Tongod 3 (9)
Kinabatangan 2 (7)
Kalabakan 0 (2)