Pengeluaran KWSP: Imbang Keperluan Masa Kini Dan Depan – Bung

Pengeluaran KWSP: Imbang Keperluan Masa Kini Dan Depan – Bung

0
SHARE
Bung diiringi Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin, Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya dan ADUN dilantik Datuk Suhaimi Nasir tiba untuk menghadiri istiadat pembukaan DUN Sabah...

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menyambut baik dan menyokong langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 kelmarin.

Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan itu, isu yang menjadi perdebatan sebelum ini termasuk beliau sendiri semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat dua minggu lepas merupakan khabar gembira buat rakyat.

Katanya, ramai yang amat mengharapkan pengeluaran itu kerana mengharungi kehidupan yang susah dan terdesak ekoran penularan wabak COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor berbual bersama Bung sebelum majlis bermula…

“Sudah tentu ini lebih mengembirakan kepada masyarakat Islam yang bakal menyembut bulan ramadan dan hari raya Aidilfitri serta dapat meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri istiadat pembukaan penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 kelmarin.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah, keputusan tersebut membuktikan kerajaan amat cakna dan prihatin dengan keadaan ekonomi yang membelanggu rakyat sejak penularan pandemik mana sebilanganya kehilangan pekerjaan dan terjejas perniagaan.

Bagiamanpun, Bung turut mengingatkan pencarum yang ingin mengluarkan simpanan mereka agar berhemah berbelanja mengikut keperluan yang mendesak.

“Pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan, berbelanjalah secara berhemah mengikuti kepentingan dan keperluan yang mendesak pada masa kini,” katanya.

Bung menambah bagi mereka yang tidak memerlukan, biarkan simpanan tersebut kekal di dalam KWSP, kerana yang penting, mereka harus mengimbangi antara masalah masa depan dan keperluan hari ini.