Pengerusi LPKP Sabah Buat Kunjungan Hormat Kepada Menteri Pengangkutan Malaysia

Pengerusi LPKP Sabah Buat Kunjungan Hormat Kepada Menteri Pengangkutan Malaysia

0
SHARE
Chin (kanan) semasa kunjungan hormat kepada Ka Siong di Putrajaya...

KOTA KINABALU, SABAH – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong di pejabat beliau baru-baru ini.

Dalam kunjungan itu, Chin telah memberi taklimat ringkas kepada Ka Siong berkenaan program-program serta inisiatif kerajaan yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sepanjang tahun 2021.

Antara program serta inisiatif kerajaan yang telah dilaksanakan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan di Sabah dan Labuan adalah pemberian bantuan PERMAI kepada 5571 penerima melibatkan RM5.57 juta peruntukan, pemberian bantuan PEMERKASA Plus Fasa 1 dan 2 kepada 6755 penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM3.24 juta.

Turut dilaksanakan adalah program bantuan bakul makanan bersasar kepada pemandu pengangkutan awam di Kota Kinabalu dan Sandakan serta kempen pendaftaran suntikan vaksin COVID-19.