KOTA BELUD, SABAH – Seorang tokan dadah sini gagal melarikan diri dalam serbuan polis ke atas sebuah ‘homestay’ di Jalan Sangkir sini semalam.
Suspek wanita berumur linkungan 30an itu cuba melarikan diri menggunakan koridor belakang namun dipintas anggota Siasatan Jenayah Narkotik.
Ketua Polis Daerah, Supt Sahimi Husin berkata pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan dua paket plastik berisi syabu.
“Suspek sebelum ini dipercayai bergiat aktif mengedar dadah di sekitar Kampung Tempasuk dan pekan Kota Belud…
“Suspek akan membuka harga sekitar RM30 hingga RM50 bagi setiap ‘dek’ serta RM450 hingga RM500 bagi satu ‘set’ dadah jenis syabu,” jelas beliau.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif syabu manakala semakan rekod jenayah turut mendapati suspek pernah ditahan juga atas kesalahan dadah pada tahun lalu.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan boleh juga dikenakan sebatan,” katanya.