KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berlaku gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter, melanda Rantau Sumba, Indonesia, pada 11.07 pagi tadi.
Gegaran itu berlaku kira-kira 186 kilometer (km) tenggara dari Bima, Indonesia, pada kedalaman 10km yang mana ia tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.