GENG KONVOI KERETA MEWAH NEGARA JIRAN HALANG LALU LINTAS DISAMAN

GENG KONVOI KERETA MEWAH NEGARA JIRAN HALANG LALU LINTAS DISAMAN

0
SHARE

BATU KAWAN – Polis mengeluarkan sebanyak 16 saman terhadap sekumpulan pemandu kereta yang berkonvoi sehingga menghalang lalu lintas di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) pada 9 Jun baru-baru ini.

Difahamkan, mereka yang disaman terdiri daripada warga tempatan dan Singapura.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern yang dipetik Malaysia Gazzete berkata, bertindak atas maklumat pihaknya telah mengesan kesemua pemandu berkenaan menginap di sebuah hotel di Batu Ferringhi.

“Pegawai penyiasat telah ke hotel berkenaan semalam kira-kira jam 2.12 petang sebelum meminta kesemua pemandu yang terlibat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan untuk tindakan lanjut.

Kesemua pemandu berkenaan dikesan menginap di sebuah hotel di Batu Ferringhi…(Sumber Foto: MalaysiaGazzete)

“Susulan itu, seramai 12 pemandu telah hadir hari ini dan kita mengeluarkan 16 saman terhadap kesemua mereka.

“12 saman dikeluarkan atas kesalahan halang lalu lintas manakala empat lagi atas kesalahan nombor pendaftaran fancy,” katanya seperti yang dipetik MalaysiaGazette.

Terdahulu pada Sabtu, tular satu rakaman video berdurasi 40 saat di media sosial memaparkan lebih daripada 10 buah kenderaan berkonvoi secara tiga barisan meskipun JSAHMS hanya mempunyai dua lorong.

 

 

 

 

Berdasarkan video itu, pemandu kesemua kereta tersebut bukan saja mengganggu lalu lintas malah turut menggunakan laluan kecemasan.