Kerajaan Arab Saudi Naikkan Kuota Haji Bagi Malaysia Sebanyak 10,000 Orang

Kerajaan Arab Saudi Naikkan Kuota Haji Bagi Malaysia Sebanyak 10,000 Orang

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi menaikkan kuota haji bagi Malaysia sebanyak 10,000 orang, demikian menurut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dipetik Bernama.

Muhyiddin, yang sedang dalam lawatan rasmi empat hari ke negara itu, mengadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud semalam, dengan diiringi Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, kenaikan kuota haji tahunan akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia pergi menunaikan haji…

Perdana menteri juga dilaporkan telah meminta keizinan bagi jemaah umrah Malaysia untuk menunaikan ibadah tersebut secepat mungkin susulan wabak Covid-19.