PARIS, PERANCIS – Satu kumpulan yang mewakili 2,000 syarikat pemula Perancis memfailkan aduan terhadap Apple pada Selasa, mendakwa syarikat Amerika Syarikat (AS) itu tidak mendapatkan kebenaran daripada pengguna untuk pengiklanan terurus.
Dalam satu petisyen difailkan kepada pemerhati privasi data Perancis, CNIL, kumpulan France Digitale, berkata pengiklanan seumpamanya diaktifkan secara automatik dalam satu kemas kini iPhones dan komputer Mac.
Apple dalam satu kenyataan kepada AFP menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai ketara tidak benar, dan menegaskan privasi dibina dalam iklan yang dijual dalam platform Apple tanpa sebarang pengesanan.
Pengiklanan terurus ditemui dalam aplikasi Apple seperti App Store san Apple News, dan syarikat AS itu mengakui menggunakan maklumat peribadi dan teknikal, termasuk geolokalisasi rekod carian.
Apple menegaskan pihaknya tidak menyerahkan data peribadi pengguna kepada pihak ketiga, tetapi mengumpulnya dalam bentuk beberapa segmen membabitkan ribuan pengguna.
Menurut dokumen teknikal Apple, syarikat itu bertanggungjawab menjadikan maklumat bukan peribadi tertentu tersedia untuk rakan strategik yang bekerjasama dengan Apple bagi membantu mereka menjual produk.
France Digitale mendakwa ‘perjanjian sebelum dan kebarangkalian Apple membabitkan kebenaran pengguna’ tidak selaras dengan standard Eropah.
“Jika aduan dibuat berasaskan fakta, ia bermakna Apple membenarkan aplikasinya melakukan perkara yang tidak diluluskan daripada pembangun pihak ketiga,” kata Ketua Eksekutif France Digitale, Nicolas Brien kepada AFP.
Apple berkata, dakwaan itu adalah cubaan remeh oleh pihak yang mengesan lokasi pengguna, dan cuba mengalih perhatian daripada tindakan mereka serta memperdaya pihak berkuasa dan penggubal dasar.
“Kami meletakkan diri kami pada standard yang tinggi dengan membenarkan pengguna untuk tidak bersetuju dengan baik penggunaan data pihak pertama Apple untuk pengiklanan terurus, ciri yang menjadikan kami unik,” katanya.