TKM Sabah Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Hari Ini

TKM Sabah Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja raya Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin petang kemarin, menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTec.

Beliau menerima suntikan itu di Hospital Queen Elizabeth I selepas menghadiri mesyuarat Kabinet Negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Turut menerima suntikan Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan.

Bung, Jafry dan Yakub menerima penerangan dari petugas Hospital sebelum menerima suntikan…

Mereka adalah kumpulan kedua jemaah menteri Sabah yang menerima suntikan tersebut selepas kumpulan pertama yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor menerima suntikan minggu lepas.

Terdahulu, Bung bersama rombongan tiba di Hospital Queen Elizabeth I pada kira-kira jam 1.30 petang dan membuat imbasan kod MySejahtera, yang akan menjadi aplikasi bagi satu daripada kaedah pendaftaran penerimaan vaksin COVID-19 selepas ini selain diberikan penerangan oleh doktor yang bertugas sebelum proses suntikan bermula.

Bung, Jafry dan Yakub menerima penerangan dari petugas Hospital sebelum menerima suntikan…

Ketika ditemui Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata; “Orang tidak perlu bimbang terhadap kesan sampingan selepas menerima vaksin COVID-19.”

Katanya sebelum suntikan dilakukan saringan sejarah kesihatan akan dilakukan terhadap individu sebelum disahkan layak menerima vaksin.

Bung menerima suntikan dari jururawat yang bertugas…

“Ini bagi memastikan individu yang tidak sesuai menerima vaksin tidak diberi suntikan vaksin COVID-19,” katanya