Polis Tahan 3 Lelaki Memandu Dalam Keadaan Mabuk Pada Malam Ambang Tahun...

Polis Tahan 3 Lelaki Memandu Dalam Keadaan Mabuk Pada Malam Ambang Tahun 2022

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – TIGA (3) lelaki dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Mereka ditahan pada dua sekatan jalan raya sempena sambutan ambang tahun baru tahun 2022 bermula pukul jam 10 semalam.

Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah diketuai oleh Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Hj. Ibrahim bersama dengan kekuatan 17 orang Pegawai Kanan Polis dan 51anggota polis.

“Sekatan didirikan di hadapan stesen minyak Petron di Jalan Bundusan Penampang dan Jalan Papar – Kota Kinabalu (berhadapan Public Bank Putatan)…

“Sebanyak 25 keping saman trafik pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dan operasi tamat kira-kira pukul 2 pagi,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Belau berkata sebanyak 13 team Ronda Cegah Jenayah (RCJ) turut diaturgerak ke beberapa buah kawasan dan taman perumahan serta kampung yang dipercayai menjadi tumpuan perkumpulan di sekitar Daerah Penampang dan Putatan.

“Ia bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 bagi mengelak berlakunya jangkitan sepanjang tempoh sambutan ambang tahun baru selain daripada menunjukkan kehadiran polis bagi mengurangi potensi berlakunya jenayah di kawasan terbabit,” ujar Haris.