GRS akan lantik timbalan KM Cina jika terus diberi mandat

GRS akan lantik timbalan KM Cina jika terus diberi mandat

0
SHARE

KOTA KINABALU, 23 September – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan melantik seorang wakil masyarakat Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri sekiranya sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata peranan dan sumbangan masyarakat Cina adalah “sangat penting” dalam pembangunan dan kemajuan negeri.

“Sekiranya kerajaan ini sekali lagi diberi mandat, dan jika ramai pemimpin Cina berjaya dipilih sebagai wakil rakyat, saya akan melantik salah seorang daripada pemimpin Cina tersebut sebagai Timbalan Ketua Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Malam Mesra Ketua Menteri Sabah bersama masyarakat Cina, sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata peranan dan sumbangan masyarakat Cina adalah sangat besar dalam kemajuan dan pembangunan Sabah.

“Tanpa sumbangan anda semua, ekonomi negeri ini tidak akan berkembang. Malah, sumbangan masyarakat Cina di Sabah merangkumi pelbagai bidang dalam pelbagai sektor.

“Dalam sektor swasta, peranan usahawan dan peniaga Cina berada pada tahap teratas. Dalam konteks perkhidmatan awam negeri, ramai pegawai berketurunan Cina memegang jawatan tinggi dalam kementerian, jabatan serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Sesungguhnya, kita mengiktiraf dan menghargai peranan serta sumbangan masyarakat Cina dalam masyarakat kita,” katanya.

Bagi memperkukuhkan lagi pentadbiran negeri, Hajiji berkata beliau telah melantik beberapa penasihat, khususnya mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang minyak dan gas, kewangan, pelaburan dan perundangan.

“Kebetulan hampir kesemua mereka ini adalah dari keturunan Cina. Terkini, saya telah melantik Yang Arif Tan Sri David Wong Dak Wah, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, untuk mengetuai Sabah Law Reform Advisory Council (SLRAC) sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk memperkukuhkan sistem perundangan negeri.