Guru Terpedaya, Hilang Wang RM249,000 Dari Tabung Haji

Guru Terpedaya, Hilang Wang RM249,000 Dari Tabung Haji

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

PETALING JAYA, SELANGOR – Seorang guru kehilangan wang simpanan dan akaun Tabung Haji berjumlah RM259,000 akibat terpedaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai anggota polis.

Memetik sumber Sinar Harian, lelaki 53 tahun itu pertama kali dihubungi suspek pada 26 Oktober lalu mendakwa dia terbabit aktiviti pengubahan wang haram

Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud berkata, suspek menghubungi mangsa dengan memperkenalkan diri dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Katanya, mangsa kemudian dihubungi seorang individu menyamar sebagai pegawai polis dari IPK Ipoh yang mendakwa guru itu terbabit aktiviti pengubahan wang haram.

“Mangsa diminta oleh pegawai penyiasat itu supaya memindahkan semua wangnya ke dua akaun yang diberikan.

“Disebabkan percaya dan takut, guru berkenaan memindahkan semua wangnya ke dua akaun bank yang dikatakan dimiliki juruaudit Bank Negara bagi tujuan audit forensik,” katanya.

Beliau berkata, mangsa melakukan 10 transaksi dari 30 Oktober hingga 8 November lalu, sebelum menyedari wang itu tidak dikembalikan seperti dijanjikan.

“Satu laporan polis dibuat mangsa pada Khamis selepas RM259,000 wangnya ditipu.

“Kami memohon orang ramai berhati-hati dengan kegiatan sindiket penipuan dengan modus operandi seperti ini bagi mengelakkan ramai tertipu,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.