Hajiji beri isyarat bagus

Hajiji beri isyarat bagus

0
SHARE

KOTA KINABALU, 6 Oktober – Situasi tenang di beberapa lokasi tumpuan utama di bandar raya ini meskipun spekulasi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hangat diperkatakan.

Di Istana Seri Kinabalu, kenderaan membawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor masuk   bagi menghadiri pertemuan tertutup bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, pada jam 8.51 pagi.

Beberapa petugas media turut berkumpul seawal 8 pagi di hadapan istana bagi membuat liputan.

Sekitar jam 10.15 pagi, kenderaan yang membawa Hajiji keluar dan beliau sempat memberikan isyarat bagus kepada petugas-petugas media.

Sementara itu di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran negeri Sabah, petugas media turut berkumpul seawal 9 pagi bagi melakukan persediaan pengumuman pembubaran DUN.

Situasi di Menara Kinabalu juga tenang dengan aktiviti berjalan seperti biasa, namun difahamkan satu majlis bersama pemimpin negeri akan diadakan di menara itu hari ini.

Setakat ini, masih tiada pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN atau jemputan menghadiri sidang media perkara itu.