KOTA KINABALU, SABAH – Penurunan sebanyak 20 kes sahaja berbanding semalam dilihat membawa kepada kumulatif 655 KES hari ini.
Sebanyak 14 daerah mencatatkan penurunan kes dengan lima (5) daripadanya merekodkan penurunan signifikan iaitu Kinabatangan -26 kes, Kota Belud -21 kes, Sandakan -21 kes, Kota Kinabalu -20 kes dan Kota Marudu -16 kes.
Sebanyak 12 daerah lagi mencatatkan peningkatan dengan 6 daerah menunjukkan peningkatan agak tinggi iaitu Tuaran +24 kes, Putatan +18 kes, Tawau +15 kes, Pitas +14 kes, Ranau +11 kes dan Penampang + 11 kes. Semporna kekal dengan catatan sebagaimana semalam.
TIGA (3) daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Kudat, Tongod dan Kalabakan.
Jurucakap Pekembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Saringan Kontak Rapat dan Saringan Bergejala terus menjadi penyumbang utama kes baharu.
“Pada hari ini, 52 peratus (52.82%) daripada jumlah keseluruhan berpunca daripada Saringan Kontak Rapat dan 40 peratus (40.61%) lagi berpunca melalui Saringan Bergejala…
“Sebanyak 418 kes atau 63 peratus (63.82%) daripada jumlah kes hari ini merupakan kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu. Bakinya adalah kes daftar lewat sehingga seminggu,” katanya lagi.
Namun katanya, kes jangkitan yang dianggap serius kekal rendah dengan kebanyakan kes jangkitan berada dalam Kategori 2, iaitu 568 orang dan Kategori 1, 79 orang .
“Jumlah kes dalam Kategori 3, seramai dua (2) orang dan Kategori 4 dan 5, masin-masing satu (1) orang. Empat (4) kes lagi masih dalam siasatan,” katanya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (04 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Ranau – 71 (60)
Kota Kinabalu – 69 (89)
Tuaran – 59 (35)
Beaufort – 46 (45)
Kota Belud – 44 (65)
Penampang – 41 (30)
Kota Marudu – 40 (56)
Pitas – 33 (19)
Putatan – 32 (14)
Kudat – 27 (18)
Lahad Datu – 26 (19)
Keningau – 23 (27)
Tambunan – 19 (15)
Tenom – 19 (25)
Tawau – 19 (4)
Papar – 18 (25)
Beluran – 13 (8)
Telupid – 12 (14)
Kuala Penyu – 10 (5)
Sandakan – 10 (31)
Sipitang – 8 (17)
Kinabatangan – 6 (32)
Semporna – 5 (5)
Nabawan – 5 (8)
Kunak – 0 (5)
Tongod – 0 (3)
Kalabakan – 0 (1)





