Harga Barangan Keperluan Dijangka Terus Meningkat Sehingga 60%

Harga Barangan Keperluan Dijangka Terus Meningkat Sehingga 60%

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Harga barangan keperluan dijangkan akan terus meningkat sekitar 50 hingga 60 peratus bulan depan.

Kenaikan harga itu disebabkan sikap peniaga yang tamak untuk mendapat untung besar dan pelaksanaan gaji minimum RM1,500.

Malah kenaikan itu sudah dirasai sejak Ramadan lagi, apabila harga barangan keperluan asas kritikal seperti daging, ayam dan sayur-sayuran melambung tinggi.

Sebagai contoh, rangkaian Eco Shop yang sebelum ini mengenakan caj setiap barangan hanya RM2.10, turut mengumumkan kenaikan harga kepada RM2.40 bermula 1 Jun.

Menurut pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai, kenaikan harga barangan makanan mentah boleh mengakibatkan kesan berantai yang melibatkan peningkatan dalam industri makanan dan minuman (F&B).

“Kenaikan harga barang bergantung kepada permintaan dan penawaran, apatah lagi dengan penambahan gaji minimum RM1,500 dan menyebabkan kuasa beli meningkat, jadi peniaga mengambil peluang untuk menaikkan harga,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa perang Rusia-Ukraine telah menjejaskan sektor import dan mengakibatkan penawaran kurang manakala permintaan tinggi, peningkatan kuasa beli dan kenaikan gaji minimum bermakna peniaga akan menaikkan harga barang, jadi pengguna tidak mempunyai pilihan selain untuk membeli untuk kelangsungan hidup.