Hargai Persamaan, Hormati Perbezaan – Julita

Hargai Persamaan, Hormati Perbezaan – Julita

0
SHARE
Julita
Julita ketika ditemui media ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

MATUNGGONG, SABAH – Masyarakat majmuk perlu menghargai persamaan serta menghormati perbezaan antara kaum, bangsa dan agama.

Menurut Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Julita Mojungki, masyarakat tidak boleh mendabik dada dengan menganggap perpaduan yang dinikmati akan berkekalan.

“Dalam masyarakat majmuk seperti di Sabah toleransi antara satu sama lain amat penting agar perpaduan yang dinikmati pada masa ini dapat dikekalkan.

“Perbezaan agama, bangsa dan kaum dikalangan masyarakat majmuk perlu dihormati manakala apa jua persamaan hendaklah dihargai,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Matunggong.

Julita juga menyeru agar masyarakat setempat menghormati Jalur Gemilang dan Bendera Sabah dengan mengibarkannya dengan cara yang betul.

“Meskipun ingin melupuskan Jalur Gemilang serta Bendera Sabah hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan tertib bukan dengan membuangnya begitu sahaja sebagai tanda hormat,” ujarnya.

Selain itu, beliau mengalu-alu kedatangan Konvoi KMJG ke Matunggong dan berharap agar masyarakat menyahut seruan kempen 1 Rumah dan 1 Jalur Gemilang serta mengibarkan bendera Sabah di premis masing-masing.

Dalam majlis sama, Julita turut menandatangani buku catatan perjalanan KMJG serta melakukan flag off kepada konvoi untuk menuju ke destinasi seterusnya. — JABATAN PENERANGAN SABAH

SHARE
Previous articleKembara 2024 Melabuhkan Tirainya
Next articleSabah Reputasi Baik Toleransi, Agama
Sabah News adalah sebuah medium berita yang menarik yang adil dan kontroversi yang hanya memaparkan berita sebenar dan tular serta bagi tontonan umum.