Hishammuddin Positif COVID-19

Hishammuddin Positif COVID-19

0
SHARE
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein...

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein disahkan positif Covid-19, umum pejabat kementeriannya hari ini.

Menerusi satu kenyataan media, pejabat itu memaklumkan Hishammuddin akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa di keluarkan Kementerian Malaysia.

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (selftest) melalui kaedah RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif Covid-19 ialah pada Jumaat, 18 Februari,” kata kenyataan itu.

Hishammuddin melalui ciapan Twitternya berkata beliau berada dalam keadaan baik buat masa ini…

Hishammuddin yang sudah menerima dos penggalak akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi.

Menerusi ciapan Twitternya, beliau berkata beliau berada dalam keadaan baik buat masa ini.

“Semoga setiap individu yang dijangkiti wabak ini segera diberikan kesembuhan Allah SWT. Stay safe everyone (Jaga keselamatan semua),” ujarnya…