Hubungan Emma, Kamal Adli Sudah Putus??

Hubungan Emma, Kamal Adli Sudah Putus??

0
SHARE

KUALA LUMPUR – “Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus,” kata Emma.

Begitu pengakuan Emma Maembong yang mengesahkan hubungan cinta dengan Kamal Adli yang sebelum ini kecoh retak menanti belah akibat campur tangan orang ketiga, sudah berakhir.

Malah, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Embong, 25, tidak menolak dakwaan pelakon Zahirah Macwilson menjadi punca keretakan hubungan cintanya bersama Kamal.

“Rasanya cukuplah sampai di sini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta.

“Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, ‘chemistry’ (keserasian) yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi.

“Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain,” katanya kepada BH Online.

Memilih enggan berterus-terang mengenai hubungan cintanya dengan Kamal sejak tiga tahun lalu, pelakon kelahiran Terengganu itu kecewa apabila kepercayaan yang diberi dimusnahkan begitu saja.

Emma mendakwa, dia tidak menuduh tanpa bukti, sebaliknya apa yang dibuat oleh Kamal dan Zahirah menjadi lebih rumit apabila mereka memilih menuding jari kepada pelbagai pihak.

“Tiada sesiapa yang menjadi batu api dalam perkara ini. Semestinya teman rapat mahukan yang terbaik untuk saya dan tidak mahu melihat saya sering dikecewakan.

“Kami berempat (Emma, Kamal, Zahirah dan Zul Ariffin) duduk berbincang mengenai isu ini. Rasanya tidak perlu merumitkan keadaan dan lebih matang jika Kamal dan Zahirah mengakui kesilapan mereka,” katanya.