KENINGAU, SABAH – Seorang pemandu treler maut dihempap muatan kayu balaknya sendiri apabila terbabas menuruni selekoh sebuah bukit berhampiran Kampung Tikolod di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Keningau DSP Shahrudin Mat Husain berkata mangsa berumur 22 tahun dalam perjalanan ke Keningau dari daerah Tambunan.
“Mangsa gagal mengawal kenderaan hingga lori tersebut terbalik ke sebelah kiri jalan…
“Mangsa tercampak keluar dari tempat pemandu lalu dihempap oleh muatan balak,” katanya.
Katanya mangsa sempat dibawa ke Hospital Tambunan sebelum disahkan meninggal dunia pada 8.45 malam oleh pegawai perubatan.