SOP Ketat Mengerjakan Ibadah Haji, Para Jemaah Melontar Jamrah Guna Batu Disanitasi

SOP Ketat Mengerjakan Ibadah Haji, Para Jemaah Melontar Jamrah Guna Batu Disanitasi

0
SHARE
Para jemaah Haji melontar jamrah dengan SOP yang ketat antaranya memakai pelitup muka, melontar di tempat yang telah ditetapkan dan menggunakan batu yang telah disanitasi...

MINA, ARAB SAUDI – Kerajaan Arab Saudi mengenakan langkah keselamatan yang ketat kepada jemaah haji yang ‘melontar jamrah’ bagi menyempurkan peringkat akhir rukun Islam kelima itu.

Hampir 60,000 jemaah yang terlibat hendaklah menyempurnakan ibadah itu dengan mengikut prosedur yang telah yang ketat antaranya hanya boleh melontar jamrah di lokasi yang ditetapkan.

Memetik laporan AFP, para jemaah yang lengkap dengan memakai pelitup muka (facemask), mereka melontar tujuh batu kerikil yang disanitasi, diambil daripada beg bertutup disediakan oleh pihak berkuasa.

Disebabkan pandemik COVID-19, tahun ini pihak berkuasa Arab Saudi hanya membenarkan 60,000 jemaah yang sudah divaksin sepenuhnya, berbanding 10,000 jemaah tahun lalu.

Sekumpulan kecil jemaah bergerak ke Mina berdekatan Makkah, di barat Arab Saudi untuk menyempurnakan ibadah yang menjadi simbol ‘melawan iblis’ di Masjid Jamrah al-Aqaba.

Pada tahun-tahun sebelumnya, paling banyak kemalangan dilaporkan berlaku ketika melontar jamrah kerana jutaan orang terpaksa berasak-asak dalam ruang sempit bagi menunaikan ibadah itu.

Sesudah menyelesaikan ibadah melontar jamrah selama tiga hari, jemaah akan pulang ke Masjidil Haram di Makkah bagi melakukan tawaf, sekali gus bermakna berakhirnya ibadah haji pada tahun ini.

Seorang jemaah haji dari Syria, Lina, 38, memberitahu AFP bahawa pengalamannya menunaikan ibadah haji kali ini sebagai detik yang amat menggembirakan kerana terpaksa mengharungi pelbagai kekangan.

“Sepanjang hidup saya, saya bermimpi pergi ke haji dan saya masih tidak percaya mimpi menjadi nyata,” katanya.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq Al Rabiah, berkata pihaknya sejak awal lagi memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan jemaah.

“Justeru, keputusan dibuat untuk mengehadkan jumlah jemaah kepada 60,000 orang bagi memastikan langkah berjaga-jaga dapat dikuatkuasa demi keselamatan semua…

“Kami memantau keadaan secara berterusan dan setakat ini, tiada kes berkaitan COVID-19 dikesan dalam kalangan jemaah,” katanya.

Beliau juga berharap ibadah haji dapat dijalankan seperti biasa tahun depan, sama seperti musim haji 2019 yang yang disertai lebih 2.5 juta jemaah.

Ibadah haji tahun ini diadakan ketika Arab Saudi merekodkan lebih 510,000 kes jangkitan termasuk 8,089 kematian.