Sabah Kembali Catat Peningkatan Dengan 805 Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Kembali Catat Peningkatan Dengan 805 Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kumulatif kes harian COVID-19 melonjak ke 805 (kes) iaitu kenaikan 128 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menjelaskan ini disebabkan peningkatan saringan ke atas mereka yang bergejala dan kontak rapat.

“Walau bagaimanapun tidak ada daerah yang mencatatkan tiga (3) angka…

“Sebanyak 18 daerah, dengan hanya lapan (8) daerah mencatatkan penurun, satu (1) daerah iaitu Kudat, kekal dengan catatan sebagaimana semalam manakala Kalabakan mencatat sifar (0) kes.

“Ranau mencatatkan jumlah kes tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 87 kes dengan peningkatan sebanyak 46 kes,” katanya.

Daerah lain yang mencatatkan peningkatan kes dengan ketara ialah Kota Marudu +42 kes, Lahad Datu +37 kes, Pitas +34 kes, Tambunan +27 kes, Beaufort +26 kes, Putatan +19 kes, Kota Belud +14 kes, Sandakan +12 kes, Kunak +11 kes dan Sipitang +10 kes.

Daerah yang mencatatkan penurunan tertinggi ialah Kinabatangan -97 kes, Papar -29 kes, Kota Kinabalu -19 kes, Keningau -19 kes dan Penampang -13 kes.

Masidi berkata hanya 10 kes dicatat di daerah Kinabatangan hari ini berbanding 107 kes semalam disebabkan oleh dua kluster baru.

“Status dan statistik pendaftaran kes yang diumumkan hari ini menunjukkan cuma 611 daripada 805 kes atau 75.90 peratus berlaku sepanjang 24 yang lalu…

“Sebanyak 90.81 peratus daripada jumlah kes pada hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2 yang lazimnya hanya memerlukan rawatan kendiri dirumah sahaja atau di pusat kuarantin.

“Terdapat enam (6) kes dalam Kategori 3, empat (4) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5,” kata beliau.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (05 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Ranau – 87 (41)
Kota Kinabalu – 75 (94)
Kota Belud – 60 (46)
Kota Marudu – 59 (17)
Keningau – 59 (78)
Lahad Datu – 55 (18)
Sandakan – 39 (27)
Pitas – 37 (3)
Tenom – 34 (29)
Kudat – 33 (33)
Tambunan – 29 (2)
Beaufort – 29 (3)
Tawau – 29 (20)
Tuaran – 25 (27)
Putatan – 24 (5)
Nabawan – 19 (12)
Sipitang – 19 (9)
Papar – 18 (47)
Kunak – 17 (6)
Penampang – 14 (27)
Semporna – 12 (11)
Kinabatangan – 10 (107)
Beluran – 7 (4)
Telupid – 6 (4)
Tongod – 5 (0)
Kuala Penyu – 4 (6)
Kalabakan – 0 (1)