KUALA LUMPUR – Amalan suka sidai baju di dalam rumah mengundang pelbagai kesan negatif dan perkara yang tidak elok.
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai individu atau keluarga yang masih suka mengamalkan sidai baju di dalam rumah lebih-lebih lagi apabila membasuh pakaian pada waktu malam.
Keluarga yang tinggal di kawasan pangsapuri atau apartmen antara yang mungkin telah terbiasa menjemur atau sidai pakaian di dalam rumah.
Berikut merupakan kesan negatif dan perkara yang tidak elok akibat sidai baju di dalam rumah;
1. Penyebab Kanser
Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.
2. Pengaruh Alergi
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
3. Beracun
Pernah tidak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walaupun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut memberi kesan buruk kepada kesihatan anda tanpa disedari.
4. Penyakit Asma
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembapan ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.
5. Lemahkan Sistem Ketahanan Badan
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.
Oleh itu, satu jalan penyelesaia yang dipetik daripada Mingguan Wanita mengatakan bahawa anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah.
“Kalau tiada tempat sangkut, cuci kering lagi selamat.”