TAWAU, SABAH – Seorang pelajar berusia 15 tahun maut ketika berlumba motosikal dengan tiga rakan lain di Jalan Merotai sini pada malam Rabu lalu.
Keempat-empat remaja lelaki, berusia 15 hingga 20 tahun, belanggar sesama sendiri ketika cuba menduga kelajuan dalam insiden 9 malam itu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, dua daripada suspek merupakan warganegara asing.
“Mangsa telah maut di tempat kejadian dan hasil ujian COVID-19 mendapati beliau positif…
“Tiga lagi orang rakannya hanya mengalami cedera ringan.
“Siasatan lanjut mendapati kesemua mereka termasuk mangsa tidak memiliki lesen memandu,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Jasmin, tiga individu yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah ditangkap bagi membantu siasatan pihak Polis mengikut Sek.41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





