Kes COVID-19 Di Sabah Kekal 26 Kes

Kes COVID-19 Di Sabah Kekal 26 Kes

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Masidi Manjun...

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu hari ini kekal 26 KES, sama dengan angka jangkitan semalam.

Tidak ada perubahan signifikan yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu kecuali turun naik kes harian pada skala yang kecil di kebanyakkan daerah.

Walaubagaimanapun, jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu telah berkurangan daripada 19 daerah semalam kepada 14 daerah sahaja hari ini.

“Tidak ada daerah yang mencatatkan kes harian dua angka…

“Kota Kinabalu yang mencatatkan 11 kes semalam turun kepada 6 kes (-5) hari ini.

“Sepuluh (10) daerah mencatat peningkatan jangkitan baharu dan tujuh (7) daerah merekodkan penurunan,” katanya.

Hanya seorang pesakit masing-masing berada dalam Kategori 3 dan 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (06 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 6 (11)

Penampang 5 (1)

Keningau 2 (0)

Kudat 2 (0)

Putatan 2 (0)

Tawau 2 (0)

Beluran 1 (0)

Kota Belud 1 (0)

Lahad Datu 1 (0)

Nabawan 1 (0)

Semporna 1 (0)

Tambunan 1 (6)

Telupid 1 (2)

Beaufort 0 (1)

Kalabakan 0 (0)

Kinabatangan 0 (0)

Kota Marudu 0 (0)

Kuala Penyu 0 (0)

Kunak 0 (1)

Papar 0 (1)

Pitas 0 (0)

Ranau 0 (0)

Sandakan 0 (3)

Sipitang 0 (0)

Tenom 0 (0)

Tongod 0 (0)

Tuaran 0 (0)