Sembilan Rumah dan Lima Kenderaan Terbakar di Kg Tembiluk Mengkabong, Tuaran

Sembilan Rumah dan Lima Kenderaan Terbakar di Kg Tembiluk Mengkabong, Tuaran

0
SHARE

TUARAN: Sebanyak sembilan buah rumah musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Kampung Tembiluk Mengkabong sekitar jam 2 pagi hari ini.

Turut ikut terbakar dalam kejadian ini ialah lima buah kenderaan termasuk dua motosikal, dua kereta dan satu lori. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.41 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 6 kilometer dan tiba pada jam 2.50 pagi.

“Terdapat seorang mangsa melecur di bahagian tangan telah diberi rawatan oleh pasukan EMRS seterusnya dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan Ambulan KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 200 kaki 4 pancutan sumber air dari jentera dan water tanker,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud di lokasi operasi ditamatkan pada jam 6.59 pagi.