Hubungi ‘Sabah Chat Online’ Bagi Masyarakat Sabah Perlukan Sokongan Emosi Dan Bantuan...

Hubungi ‘Sabah Chat Online’ Bagi Masyarakat Sabah Perlukan Sokongan Emosi Dan Bantuan Psikologi – Shahelmey

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Masyarakat Sabah yang memerlukan sokongan emosi dan bantuan awal psikologi semasa pandemik ini disarankan memanggil Sabah Chat Hotline melalui talian khas 011-25254232.

“Pada waktu sukar ini, didapati isu psikososial sangat berkait rapat dengan masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan…

“Pada akhirnya ada dikalangan individu mengambil keputusan kurang wajar melibatkan keganasan, kemurungan, kerisauan, gangguan tidur dan sebagainya sehingga ada percubaan untuk membunuh diri,” kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya.

Shahelmy berkata inisiatif dibawah kementeriannya itu dibuka 24 jam, 7 hari seminggu, sepanjang tempoh pandemik ini.

“Tujuan utama talian ini diwujudkan adalah bagi memudahkan perhubungan antara kementerian dan komuniti di Sabah,” katanya.

Shahelmey dalam sidang media di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini…

Dihujung setiap talian adalah barisan ahli psikologi yang terlatih bagi mendengar masalah serta memberikan nasihat profesional secara percuma.

Beliau berkata peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga di Sabah sejak kemunculan pandemik COVID-19 sangat membimbangkan.

“Pada tahun ini sahaja sehingga 30 Jun kita telah menerima 406 kes berkaitan dua kategori ini…

“Pada tahun 2020 kita dapat 17 laporan berkenaan kes penderaan kanak-kanak tapi bagi tahun ini, untuk enam bulan pertama sahaja kita sudah mendapat 16 laporan kes.

“Begitu juga dengan keganasan rumah tangga pada 2020, kita mendapat laporan sebanyak 357 kes dan pada enam bulan pertama tahun ini jumlah kes yang dilaporkan sudah mencatat 222 kes,” tambah beliau.