KOTA KINABALU, SABAH – Parti Maju Sabah (SAPP) menyambut baik Dan menyokong cadangan Datuk Dr. Jeffery Kitingan untuk mencadangkan kepada Kabinet dan Kerajaan supaya “Sabah Day” menjadi perayaan rasmi pada 31 Ogos setiap tahun bagi Sabah, demikian dinyatakan oleh Japiril Suhaimin Timbalan Presiden SAPP.
Menurutnya lagi, beliau yang pernah dua (2) kali menjadi Pengerusi penganjur “Sabah Day” di Kundasang pada tahun 2015 Dan 2017 berkata bahawa “Sabah Day” adalah menifestasi dari segi pengikhtirafan Sabah sebagai sebuah Wilayah yang diumumkan oleh Perdana Menteri di Sarawak pada awal tahun ini. Ianya juga sangat bertepatan dengan matlamat MA63.
Selain itu juga “Sabah Day” akan menjernihkan beberapa isu dan perdebatan berkaitan Kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 daripada British sebelum membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 Sept tahun yang Sama. Sebagaimana Sarawak telah mengazetkan 22 Julai sebagai Sarawak Day, Kini tiba masa bagi Sabah melakukannya.
Perkataan “Sabah Day” kembali menjadi popular sekitar tahun 2012 apabila Institute (Pippa) mengadakan beberapa forum membincangkan topik Kemerdekaan dan halatuju Sabah bersandarkan sejarah di Kota Kinabalu diikuti dengan jelajah NGO lain seperti BHF. Kemudian pada tahun yang Sama SAPP membuat sambutan besar-besaran di Chong Thien Vun Park.
Meskipun ramai menuduh ketika itu kononnya ianya berunsurkan politik akan tetapi pemimpinnya terus gigih menganjurkan program memperingati Kemerdekaan Sabah berkolaborasi dengan Sabah Youth Solidarity (SYS) pada 2013 Dan 2014 di Desoka Kota Kinabalu.
“Selepas Gabungan Sabah ditubuhkan, Kita adakan Sabah Day pada 2015 di Kundasang Dan diikuti dengan Kota Marudu setahun selepas itu, Dan kemudian kembali ke Kundasang 2017, Dan setiap tahun NGO lain bergilir menganjurkannya seperti BHF (2018), Pipa (2019/2020),” kata Japiril lagi.
Sejarah Kemerdekaan Sabah akan menjadi kebanggaan rakyat Sabah dan generasi muda di Masa akan datang, Dan Sabah Day akan menyebabkan cetusan semangat patriotik di kalangan rakyat.
“Apatah lagi, ianya juga akan menutup tuntutan Filipina ke atas Sabah yang hangat diperkatakan beberapa tahun lalu dan memberi keyakinan yang lebih kepada Sabah…
“Saya berharap semua anggota kabinet Sabah menyokong saranan dan cadangan ini . Begitu juga kepada semua ADUN Sabah sekiranya perlu dibincangkan di Dewan Undangan Negeri,” tambahnya lagi.