JAKARTA: Indonesia bersedia menghantar sehingga 8,000 tentera ke Gaza sebagai sebahagian daripada pasukan pengaman di bawah rancangan keamanan Timur Tengah yang dicadangkan oleh Presiden AS Donald Trump.
Ketua Staf Tentera, Jeneral Maruli Simanjuntak, berkata Indonesia akan menghantar briged tentera termasuk unit kejuruteraan dan kesihatan, namun misi masih dalam perancangan dan jumlah sebenar tentera belum muktamad.
Kedatangan tentera pengaman Indonesia akan menjadi sejarah, sebagai pasukan luar pertama di Gaza sejak 1967, dan menempatkan negara Islam paling ramai penduduk itu di tengah konflik paling sukar di Timur Tengah.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, turut bersetuju menyertai “board of peace” yang diketuai Trump untuk memantau proses keamanan Gaza dan zon konflik lain.
Rancangan keamanan White House termasuk pengakhiran segera perang Israel-Hamas, pembebasan semua tebusan Israel dan Palestin, penghapusan Hamas daripada peranan pentadbiran Gaza, serta bantuan kemanusiaan penuh ke wilayah yang kini menghadapi kebuluran dan kematian akibat kekurangan makanan.






