
BAITULMAQDIS, PALESTIN – Serangan udara Israel dan tembakan meriam melanda lebih 500 sasaran milik Hamas dan kumpulan Gerakan Jihad Islam di Semenanjung Gaza semalaman, kata tentera Israel hari ini.
“Semalaman IDF (tentera Israel) jet pejuang, helikopter, pesawat dan artileri menyerang lebih 500 sasaran Hamas dan Jihad Islam di Semenanjung Gaza,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.
Kepulan asap tebal dari kawasan Palestin ketika serangan berterusan pada awal pagi, memetik sumber AFP.
Serangan Israel melanda banyak bangunan bertingkat, termasuk rumah Rawhi Mushtaha, seorang anggota Biro Politik Hamas, kata tentera.
Kediaman itu mengandungi “pusat arahan Hamas yang mana dia membantu mengarahkan penyusupan ke Israel”, katanya.
Dua “aset operasi” Hamas turut diserang, termasuk satu terletak di sebuah masjid, kata tentera, sambil menambah sasaran milik Jihad Islam turut terkena.
Sabtu lalu Hamas, yang mengawal Semenanjung Gaza, melancarkan serangan mengejut ke atas Israel yang setakat ini telah membunuh lebih 700 orang Israel.
Sebagai tindak balas Israel telah melakukan serangan udara berterusan di Semenanjung Gaza. Pegawai di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 413 kematian warga Palestin.





