JAKARTA – Bom petrol dibaling ke arah kedutaan Myanmar di ibu kota Jakarta awal hari ini, kata polis, ketika kemarahan memuncak seluruh republik itu berikutan keganasan terhadap penduduk Islam Rohingya di Myanmar.
Menurut laporan Berita Harian, tiada siapa cedera dalam kejadian itu, dipetik daripada jurucakap Polis Jakarta, Argo Yuwono.
Seorang pegawai peronda melihat api di teres belakang tingkat dua bangunan dan segera memaklumkan kepada polis yang mengawal kedutaan itu.
“Kami masih cuba menangkap penjenayah itu,” katanya.
Rakyat Indonesia semakin bimbang dengan layanan terhadap Rohingya, minoriti Islam di Myanmar.
Kira-kira 60,000 pelarian, kebanyakan Rohingya, membanjiri Bangladesh sejak pertempuran terbaru berlaku sembilan hari lalu apabila militan Rohingya menyerang peralatan keselamatan.
Tentera Myanmar berkata, hampir 400 terbunuh, antara mereka ialah 370 militan Rohingya.
Puluhan mengadakan bantahan semalam di luar kedutaan Myanmar di Jakarta, menuntut Myanmar menamatkan krisis itu.