Jabatan, Agensi Bawah KKTP Digesa Tingkat Kualiti Perkhidmatan

Jabatan, Agensi Bawah KKTP Digesa Tingkat Kualiti Perkhidmatan

0
SHARE
Dr. Joachim (tengah, depan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama Ketua-ketua Jabatan dan Agensi KKTP yang pertama

KOTA KINABALU:Semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) digesa untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan pencapaian masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menegaskan perkara itu pada Mesyuarat Pertama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi KKTP tahun ini di sini pada Selasa lalu.

Beliau juga berharap agar semua ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KKTP terus memantau semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar semua isu-isu berkaitan yang berbangkit dapat diselesaikan dengan segera.

Hadir sama ialah Pembantu-pembantu Menteri, Datuk Isnin Aliasnih dan Datuk Mohd. Hamsan Awang Supain; dan Setiausaha Tetap Kementerian; Datuk Dr. Jamili Nais.