KOTA KINABALU, SABAH – Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) Haji Yahya Haji Ahmad mengingatkan rakyat Sabah agar jangan terpangaruh dengan propaganda dimainkan oleh mana-mana pihak yang mencari kesempatan saat kerajaan sudah stabil.
Beliau berkata rakyat seharushnya menumpu kepada pembangunan negeri secara kerja keras dan persepakatan bagi membawa Sabah Maju Jaya.
Yahya juga mengingatkan pemimpin Parti dalam kerajaan GRS untuk memutukan cara berjuang politik dengan memperkasakan kualiti kesedaran dan tumpu kepada agenda membangunkan Sabah sebagai keutamaan bukan berebut jawatan semata-mata.
“Jangan kerana agenda peribadi atau kelompok apalagi budaya berebut jawatan merosakan hubungan kesepakatan hingga menjadikan impian rakyat jadi mangsa diganggu propaganda politik…
“Kalau benar berjuang untuk negeri dan rakyat, budaya merajuk, tamak atau prasangka diketepikan.
“Pemimpin sabah apa parti pun termasuk pembangkang harus mengutamakan kestabilan negeri. Jangan ulang budaya galak politik untuk mendapatkan kuasa dalam suasana rakyat sarat beban dan sangat benci politik yang kurang matang.
“Ada tempoh masa politik itu akan terbuka luas masa itu rakyat tidak lagi mempersoalkanya maka bersainglah dengan sihat, tahulah rakyat membuat pilihan,” katanya.
Mengulas pandangan dimainkan oleh pihak tertentu yang mengelar Ketua Menteri Sabah lemah memimpin dan kurang sangat menonjol di media, Haji Yahya mengyangkal sentimen itu sebagai semuanya tidak berasas dan kurang ilmu pemerhatian.
“Sikap dan amalan yang dibawa Ketua Menteri memang tidak sama dengan mana -mana Ketua Menteri sebelum ini. Beliau mempunyai karismanya tersendiri…
“Menilai sendiri cara Datuk Seri Hajiji Noor bekerja adalah sangat konsistan dan lebih selesa kepada penumpuan kerja.
“Beliau semenjak dilantik menjadi Ketua Menteri hanya fokus membawa agenda perubahan dan fasa-fasa pemulihan berjalan lancar selaras dengan hala tuju kerajaan berdasarkan tempoh yang disasarkan,” katanya lagi.
Yahya berkata ini satu sifat yang harus dipuji dan kelebihan yang patut disokong kearah pengurusan berdaya maju.
“Bagi rakyat yang faham, ini sikap kepimpinan yang baik dan rendah diri. Hajiji sudah tentu sedar rakyat perlukan pembelaan. Banyak isu negeri sabah perlu diselesaikan…
“Maka langkah terbaik sebagai seorang pemimpin cukup berpangalaman dan matang masa kini bukan perlu buang masa berbalah apalagi melayan isu-isu politik dan propaganda yang tidak mendatangkan kebaikan buat negeri dan rakyat.
“Jika semua itu dijadikan keutamaan alamat negeri sabah tidak akan maju dan stabil walau siapapun jadi kerajaan maka tidak wajar rakyat selamanya sudah menderita dimangsakan.
“Kesedaran inilah yang membuat YAB Ketua Menteri lebih arif dan tidak membuang masa memperjuangkan nasib rakyat dan masa depan negeri,” katanya.
Yahya juga berkata Presbah sendiri tidak pernah berputus asa mendorong semua pihak bermuafakat atas dasar sayangkan negeri dan membela nasib rakyat yang jauh ketinggalan.
“Maka untuk masa ini kita sewajarnya tidak membenarkan agenda politik kurang matang dan jangan lagi mudah terpangaruh menyokong mereka yang mendahulukan kepentingan peribadi atau memenuhi agenda kelompok tertentu yang lupa akan kesusahan rakyat.
“Isu kestabilan kena diutamakan dahulu sewaktu ujian pandemik COVID-19 belum berakhir. Ini soal masa depan dengan meletakkan harapan kita kepada pemimpin yang betul,” kata Yahya.