Jangkitan Baharu Melonjak Paras 300

Jangkitan Baharu Melonjak Paras 300

0
SHARE
Gambar Hiasan...

KOTA KINABALU: Angka jangkitan baharu melonjak melepasi paras 300 hari ini dengan 315 KES iaitu pertambahan 34 kes berbanding hari sebelumnya.

Kali terakhir kes harian melepasi paras 300 ialah pada bulan Mac…

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata lebih banyak daerah mencatatkan peningkatan kes baharu yang tinggi.

“Antaranya ialah Tuaran 41 kes (+22), Kota Kinabalu 84 kes (+16), Putatan 26 kes (+11), Sandakan 39 kes (+8), Lahad Datu 11 kes (+7) dan Tenom 7 kes (+5). 

“Hanya 3 daerah merekodkan penurunan ketara iaitu Penampang 20 kes (-18), Beaufort 5 kes (-9) dan Kunak 0 kes (-6).

“Tiga daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu berbanding satu daerah sahaja kelmarin. 

“Sebanyak 8 daerah mencatatkan kes dua angka dan 16 daerah mencatatkan kes satu angka,” jelas beliau dalam rumusan harian kes.

Terdapat masing-masing satu kes dalam Kategori 3 dan Kategori 5 serta empat (4) kes dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kelmarin.

Kota Kinabalu 84 (68)

Tuaran 41 (19)

Sandakan 39 (31)

Putatan 26 (15)

Penampang 20 (38)

Tawau 20 (18)

Papar 16 (14)

Lahad Datu 11 (4)

Keningau 8 (4)

Kota Belud 8 (9)

Tenom 7 (2)

Beaufort 5 (14)

Kota Marudu 4 (2)

Kudat 4 (8)

Sipitang 4 (5)

Kalabakan 3 (1)

Tambunan 3 (4)

Telupid 3 (4)

Kuala Penyu 2 (3)

Nabawan 2 (3)

Ranau 2 (5)

Beluran 1 (1)

Kinabatangan 1 (1)

Semporna 1 (1)

Kunak 0 (6)

Pitas 0 (1)

Tongod 0 (0)