JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi hari ini semalam memaklumkan pihaknya tidak akan menjalankan pemeriksaan imunisasi untuk memasuki Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Memetik laporan Saudi Gazette, kementerian itu telah menyemak perkembangan penting berkaitan pandemik COVID-19 sebelum menarik balik langkah berjaga-jaga terhadap penularan coronavirus di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Kementerian itu juga telah membatalkan keperluan untuk mendaftar data imunisasi untuk mendapatkan permit umrah bagi jemaah umrah dari luar Arab Saudi.
Menurut Saudi Gazette lagi, permit tidak lagi diperlukan untuk melaksanakan ibadat di Masjidil Haram atau menziarahi Masjid Nabawi.
Namun, ia masih lagi diwajibkan untuk membuat Umrah dan menziarahi AlRawdah AlSharifa dalam Masjid Nabawi di Madinah.
Semua langkah penjarakan sosial dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ditamatkan, namun pemakaian pelitup muka masih diwajibkan.





