KUALA LUMPUR: Kumpulan rock popular Indonesia, KOTAK, bakal mengadakan konsert istimewa Road to 21st Anniversary KOTAK x Arda Hatna sempena ulang tahun ke-21 mereka di Zepp Kuala Lumpur pada 21 September 2025.
Konsert anjuran Boomset Planning dengan kerjasama GemaWave itu menampilkan kolaborasi eksklusif bersama Arda Hatna, vokalis Naff dan suami kepada vokalis KOTAK, Tantri Syalindri.
Menurut penganjur, persembahan kali ini bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya satu penghormatan kepada perjalanan muzik KOTAK sejak penubuhan mereka pada 2004.
“Konsert ini akan jadi momen peribadi dan bermakna Kotak, Arda, dan peminat dalam satu pentas,” kata Tantri.
Arda dijangka menyanyikan beberapa lagu popular seperti Terendap Laraku, Kau Masih Kekasihku dan Akhirnya Ku Menemukanmu, selain karya solo beliau Orang Tak Enakkan dan Pelabuhan Terakhir.
Tiket kini dijual menerusi laman [www.ticket2u.com.my](http://www.ticket2u.com.my) dengan harga bermula RM198 (Standing), RM218 (Gold), RM248 (Platinum) dan RM3,888 (Box).






